Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka?
Hati sedang sangat lemah?
Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mau merasa kecewa dan terluka. Apalagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya.
Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku karena percintaan & masalah jodoh.
Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.Kita berpura–pura kuat.
Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tau betapa peritnya hati kita.
Sampai kapan kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia.
Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang.
Mungkin saja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh karna itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai shalat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain.
Sangat menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid?
Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Niat nya:
”Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Caranya:
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al- Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat, boleh dikerjakan sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah.
Berdoa apa saja?
Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
Jika anda bingung untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
<,ﻭﺍﻟﺤﺰﻥ ﺍﻟﻬﻢ ﻣﻦ ﺑﻚ ﺍﻋﻮﺫ ﺍﻧﻲ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻣﻦ ﺑﻚ ﻭﺍﻋﻮﺫ ,ﻭﺍﻟﻜﺴﻞ ﺍﻟﻌﺠﺰ ﻣﻦ ﺑﻚ ﻭﺍﻋﻮﺫ ﺍﻟﺪَّﻳﻦ ﻏﻠﺒﺔ ﻣﻦ ﺑﻚ ﻭﺍﻋﻮﺫ ,ﻭﺍﻟﺒﺨﻞ ﺍﻟﺠﺒﻦ ﺍﻟﺮﺟﺎﻝ ﻭﻗﻬﺮ
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
Artinya:
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.
Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.
Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.
Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
**tips supaya mudah bangun**
- –Berwudhuk sebelum tidur
- – Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- – Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- – Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati .
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa–Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunangan, hindari dari suasana yang bisa membuatkan anda sedih.
Janga mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih.
Biarlah dahulu luka itu sembuh
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”(QS Ar Ra’d:28)
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(QS.At-Taubah:40)